Followers

Thursday, 5 January 2012

Majlis Perhimpinan dan Bacaan Ikrar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur

Majlis Perhimpinan dan Bacaan Ikrar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur... Pada 05 Januari 2012 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur..




Barisan anggota koir JBPM Kuala Lumpur..





Wednesday, 4 January 2012

Perjumpaan YS Pengarah WPKL bersama Pasukan Koir WPKL

Satu Perjumpaan YS Pengarah bersama Kumpulan Koir Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur telah diadakan di Bilik Nilam pada 29 Disember 2011.








Alhamdulillah.. akhirnya siap jugak Blog untuk pasukan Koir JBPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..
walaupun hanya 50% sebagai tapak pemulaan...

Awal tahun 2012 ni Pasukan Koir telah diberi kepercayaan bagi Majlis Perhimpinan dan Bacaan Ikrar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.. Ini adalah aktiviti pertama untuk tahun 2012 bagi pasukan Koir Kuala Lumpur..

Selepas Majlis Perhimpunan dan Bacaan Ikrar JBPM Kuala Lumpur, satu perbincangan pasukan koir telah di adakan dan sebulat suara telah bersetuju untuk melantik AJK yang terdiri dari anggota Koir JBPM itu sendiri bagi memastikan segala perjalanan dari segi persiapan hingga ke persembahan berjalan lancar..

Diharap pasukan Koir JBPM Kuala Lumpur akan menjadi pasukan Koir yang terbaik dan berjaya selaras dengan kehendak YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur untuk melihat pasukan Koir JBPM Kuala Lumpur berjaya dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sekian, terima kasih.

Koir JBPM Kuala Lumpur..

Artikal Paling Hot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...